Pemilikan HTC Merupakan Pembelian Ke-6 Terbesar Google

Google mengumumkan pada Rabu yang lepas yang mereka akan memperolehi pasukan jurutera dari pembuat telefon pintar Taiwan, HTC untuk kos RM 4.5 bilon. Kebanykkan jurutera tersebut sudah bekerjasama dengan Google dalam membina peranti Pixel untuk Google.

Untuk beberapa tahun lepas, Google telah melakukan beberapa pemilikan strategik dan berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Statisca, banyak perancangan tersebut bernilai lebih besar daripada pembelian HTC.



Perolehan terbesar oleh Google adalah pada tahun 2011 apabila membeli Motorola pada harga RM 52 bilion. Google kemudian telah menjual Motorola beberapa tahun selepas itu dengan mengatakan paten syarikat itu sahaja yang bernilai untuk dimiliki.

Sumber