Pemilik PS2 Mungkin Tidak Tahu Fungsi Ini

Di kala peminat konsol masih ternanti-nanti perkembangan selanjutnya mengenai PS5, akaun Twitter PlayStation membawa kita mengenang kembali generasi terdahulu,PS2.

Ciapan yang dibuat pada 4 Mac 2020 lalu itu menandakan genap usia 20 tahun PlayStation 2.

Video yang dimuat naik tersebut memperlihatkan logo PlayStation pada konsol PS2 boleh dipusingkan. Ya, ia bukanlah perkara besar dan tidak langsung memberi peningkatan prestasi kepada konsol tersebut. Tetapi dirasakan, hampir sebahagian besar pemilik mungkin tidak tahu tentang perkara itu.

Ciri itu dibuat untuk memastikan logo itu sentiasa berada pada kedudukan yang betul, sama ada konsol itu diletakkan secara menegak atau mendatar.



Telah ditamatkan sokongan sejak dua tahun yang lalu, PS2 merupakan konsol yang paling laris dijual setakat ini. Generasi seterusnya, PS5 masih belum diketahui tarikh pelancarannya. Dalam masa yang sama, Sony sebelum ini turut dikatakan belum pasti tentang harga jualannya, dimana ia mungkin konsol paling mahal yang pernah dikeluarkan mereka.