Menurut laporan Bloomberg, beliau adalah satu-satunya individu yang berjaya melakukannnya sejak 2012.
Sungguhpun ekonomi Amerika Syarikat mengecil ketika ini akibat pandemik COVID-19, tapi nilai Jeff Bezos kini dianggarkan sekitar USD189.3 bilion ketika ini oleh Bloomberg Billionaires Index.
Malah berdasarkan status rekod yang dimiliki beliau, pemilik Amazon yang juga pemilik Washington Post dan Blue Origin ini dijangka akan menjadi individu trilion pertama di dunia menjelang 2026 nanti.
Amazon ketika ini sudah pun mencapai status syarikat yang lebih daripada 1 trilion pada tahun ini.
Ketika ini, kedudukan bilionaire dari seluruh dunia bagi tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima masing masing diduduki oleh Bill Gates (USD118 bilion), Bernard Arnault (USD92.6 bilion), Mark Zuckerberg (USD87.7 bilion) dan Mukesh Ambani (USD80.9 bilion).
Sumber: CNET
Berkaitan
- Amazon Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019
- Pra Tempah Permainan Video DRAGON BALL Z: Kakarot Collector's Edition Di Laman Stor Amazon
- Servis Storan Awan Amazon Drive Akan Ditamatkan Akhir Tahun Depan
- Amazon Bertindak Mencabar Keputusan Pentagon Yang Memberikan Kontrak "JEDI" Kepada Microsoft
- Satelit Internet Pertama Amazon Berjaya Dilancar, Bakal Saingi Starlink Elon Musk
- SpaceX Mohon Lancar Hampir 30 Ribu Satelit Ke Orbit, Amazon Mahu Dinilai Sebaiknya
- Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon
- Amazon 'Kantoi' Kononnya Jual Storan Luar 16TB, Sebaliknya...
- Amazon Kini Berkongsi Rekaan Dan Teknologi Teksi Robot Mereka Sendiri
- Amazon Disahkan Laksana Pembuangan Pekerja Terbesar Dalam Sejarah Syarikat