Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar vaksin mysejahtera

Pemberian Vaksin COVID-19 Akan Dipercepatkan Hampir 2 Kali Ganda Menjelang Akhir Jun Ini

Diterbitkan Jun 1, 2021 ยท Dikemas kini Jun 1, 2021 oleh ariff bukhari

Dalam pengumuman inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) oleh Kerajaan, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dipercepatkan pemberiannya kepada rakyat menjelang akhir Jun nanti.

Beliau berkata, sehingga bulan Mei, pemberian dos vaksin itu secara purata dalam sehari telah pun mencapai sebanyak 80,000 dos.

Jadi, dalam bulan Jun nanti Kerajaan mensasarkan untuk mencapai pemberian sebanyak 150,000 dos vaksin COVID-19 kepada rakyat.

Kerajaan juga mensasarkan pemberian vaksin tersebut akan selesai menjelang Oktober nanti di negeri-negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Manakala untuk keseluruhan pula, Kerajaan mensasarkan pemberian vaksin kepada rakyat akan selesai menjelang bulan Disember tahun ini juga.

Pemberian Vaksin COVID-19 Akan Dipercepatkan Hampir 2 Kali Ganda Menjelang Akhir Jun Ini

Jadi kepada yang sudah mendaftarkan diri untuk menerima vaksin, mereka dirayu supaya hadir di pusat pemberian vaksin yang telah ditetapkan.

Bagi yang tidak dapat hadir pula, Kerajaan telah mengarahkan supaya menggerakkan aset-aset kerajaan seperti bas dan van untuk digerakkan bagi membantu mereka mendapatkan vaksin.

Kerajaan juga mengalu-alukan penglibatan pihak swasta, NGO dan pertubuhan masyarkat bagi melancarkan lagi pemberian vaksin ini kepada orang ramai.

Ia bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

Sumber: MKN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY