Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imbasan muka

Sistem Imbasan Muka Digunakan Di China Untuk Membeli Kad Sim

Diterbitkan Disember 2, 2019 · Dikemas kini Disember 2, 2019 oleh Meor Hasyim

Untuk mendaftar kad sim baharu di China, pengguna peranti wajib mengimbas muka mereka. Itu adalah peraturan baru yang telah pun dimulakan sejak 1 Disember 2019 lagi. Panduan mengenai sistem imbasan muka itu bagaimana pun telah dikeluarkan pada September lalu.

Jadi, kesemua kedai dan syarikat hanya ada sehingga 1 Disember lalu untuk memasang sistem yang baharu tersebut. Menurut kementerian industri dan maklumat China, pemasangan sistem imbasan itu adalah cara untuk melindungi hak pengguna di alam maya. Secara tidak langsung ia menjadikan peranti dan pengguna itu sendiri mudah untuk dijejaki oleh pihak berkuasa.

Sudah tentu, pengguna malah di Malaysia memerlukan IC untuk mendaftar ketika membeli kad sim. Namun, tidak cukup dengan IC, pengguna kini perlu mengimbas muka pula. Penggunaan sistem imbasan muka yang semakin berleluasa terutamanya di China seakan sebuah dunia distopia. Di China, sistem imbasan muka digunakan di merata tempat seperti sekolah, tempat awam dan banyak lagi. Hal ini mula menimbulkan isu tentang keselamatan maklumat dan persetujuan (consent).

“There is not even a little space for freedom. Everything is controlled. You cannot say what you want or choose what you want,” komen seorang pengguna mengenai peraturan baharu ini di laman Weibo.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY