Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi

Tahun 2019 sudah hampir ke penghujungnya, dengan musim jualan seperti 11.11 yang sedang berlangsung dan 12.12, serta Krismas yang akan datang, warga Malaysia pastinya telah mula bersiap sedia merancang strategi perbelanjaan untuk meraih segala tawaran hebat yang ditawarkan.


Bagi setiap jenama syarikat perniagaan, tidak kira sama ada anda peruncit, syarikat kedai makanan, stesen minyak, kedai jualan atas talian, ini merupakan peluang yang terbaik untuk menarik perhatian pelanggan baru dan memastikan pelanggan sedia ada kembali ke kedai anda untuk membeli-belah.

Berikut adalah pemerhatian dari tahun 2018 yang boleh diambil kira untuk mana-mana syarikat yang ingin merancang jualan dan kempen pemasaran akhir tahun:


Pemerhatian 1 : Warga Malaysia rajin berjalan ke sana sini


Warga Malaysia lebih cenderung berada dalam perjalanan di bulan-bulan terakhir berbanding waktu lain. Antara November dan Disember 2018 sahaja, rakyat Malaysia telah membuat hampir 21 juta navigasi Waze ke tempat-tempat jualan. Malah, terdapat peningkatan mendadak dalam pemanduan sebanyak 29% pada bulan November dan Disember berbanding Ogos dan September.




  • Membeli-belah (43%)

  • Stesen minyak (28%)

  • Restoran makanan segera (18%)




Pemerhatian 2 : Pembeli sanggup menempuh perjalanan jauh

Warga Malaysia gemar membeli-belah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tawaran hebat yang diingini. Menurut satu tinjauan global yang dijalankan menggunakan data terkumpul dari Ipsos/Google Holiday Study dan Waze Internal Data :

  • 77% pengguna mengatakan mereka sanggup memandu jauh demi tawaran yang menarik

  • 35% sanggup memandu sejauh 40km, secara teknikalnya memang di luar kawasan mereka




Pemerhatian 3 : Masih gemar ke kedai fizikal

Walaupun pembelian dalam talian sedang berkembang, statistik masih menunjukkan para pengguna Waze gemar menjejaki pusat membeli-belah kegemaran mereka atas beberapa sebab, contohnya seperti :

  • Menikmati pengalaman melihat dan memegang produk sebelum membeli

  • Peluang mencari inspirasi apabila dapat mencuba produk

  • Mengalami sendiri kemeriahan musin perayaan atau tawaran tersebut


Sebenarnya, hanya 2.7% dari keseluruhan jualan di Malaysia diraih dari jualan e-dagang.



Pemerhatian 4 : Warga Malaysia gemarkan tawaran perkhidmatan yang pantas

Satu tinjauan dari Disember 2018 menunjukkan bahawa 8.9 juta navigasi Waze dibuat ke lokasi berkaitan makanan dan terdapat peningkatan navigasi sebanyak 29% ke cawangan restoran makanan segera dari November sehingga Disember. Cara ini boleh membantu syarikat anda melakukan satu strategi yang akan memandu pelanggan ke kedai makan anda.



Pemerhatian 5 : Apabila melakukan perjalanan, mereka akan berhenti mengisi minyak

Bulan Disember merupakan antara bulan yang terbaik untuk merancang percutian keluarga. Antara November dan Disember tahun lepas, 2.8 juta navigasi Waze ke stesen minyak telah dibuat di Malaysia. Fikirkan tentang peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia anda pada musim ini dengan membawa mereka kembali ke stesen anda berulang-ulang kali.



Semoga perkongsian maklumat daripada Waze ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Waze, layari waze.com.