Pembelajaran Di Dalam Kelas Maju Setapak Lagi Dengan Peranti Digital

Mungkin selepas ini para guru boleh menyuruh pelajarnya mengeluarkan peranti pembelajaran digital dan menyimpan buku mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata pelajar dari 10,000 sekolah akan dibenarkan membawa peranti digital mereka mulai tahun depan.

Kenyataan itu berbeza dengan polisis semasa yang melarang pelajar membawa sebarang alatan elektronik ke sekolah.

Peralatan elektronik yang dibenarkan tidak meliputi telefon pintar kerana dikhuatiri menganggu tumpuan pelajar-pelajar di dalam kelas.

Tempoh masa penggunaan juga akan ditetapkan bergantung kepada mata pelajaran apa yang sedang diajar.

Pelan itu sedang dirangka dalam fasa terakhir sebelum dapat dilaksanakan.

Sumber