Menurut laporan dari Bloomberg, TSMC mengeluarkan kenyataan bahawa sebahagian peralatan fabrikasi telah "dijangkiti" virus.
Tindakan lanjut telah diambil untuk memperbaiki keadaan dan pengeluaran telah berjalan semula namun terdapat juga kilang yang masih lagi dihentikan operasinya.
TSMC percaya ia bukanlah angkara dari pengodam luar tetapi masih belum dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap hal ini.
Mengulas lanjut perkara ini, Lora Ho, ketua pegawai kewangan TSMC mengatakan mereka pernah menghadapi serangan virus, tetapi ini adalah pertama kali ia mengakibatkan bahagian pengeluaran terhenti.
TSMC merupakan pengeluar semikonduktor terbesar dunia dan membekalkan komponen kepada syarikat besar perkomputeran seperti Apple, Qualcomm, Nvidia dan beberapa yang lain.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah
- Apple Kongsi Sedikit Maklumat Mengenai Teknologi AI Kereta Pandu Sendiri
- MSI Mula Tawarkan Komputer Riba Dipadukan Dengan Kad Grafik Nvidia GeForce RTX
- Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.
- Huawei Pintas Apple Dalam Pasaran Telefon Pintar Untuk Suku Pertama Tahun Ini
- Apple Mungkin Hasilkan iPhone Dengan Skrin Lengkung
- Apple Rancang Tambah Kamera 3D Berasaskan Laser Untuk iPhone Keluaran 2020
- Apple Bakal Umum iPhone Terbaru 12 September Ini
- Apple iPad Generasi Ke- 7 Diperkenalkan Dengan Skrin Paparan 10.2 Inci
- Ujian Menunjukkan FaceID Apple Lebih Baik Daripada Beberapa Sistem Pengimbas Wajah Android