Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bayar parking KL Touch 'n Go

Pembayaran Tempat Letak Kereta Di WPKL Kini Boleh Dibuat Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

Diterbitkan November 26, 2020 · Dikemas kini November 26, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula Oktober 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Terbaru, DBKL telah menambah aplikasi Touch ‘n Go eWallet sebagai saluran untuk pembayaran tempat letak kereta. Pembayaran melalui aplikasi ini telahpun boleh digunakan mulai 21 November 2020.

Pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet juga merupakan penambahan daripada kaedah pembayaran sedia ada seperti JomParking, EZ Smart Park, Flexiparking dan Wilayah Parking.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan permohonan baharu pas bulanan telah diaktifkan mulai 19 November 2020. Bagaimanapun, buat masa ini permohonan pas bulanan hanya boleh dibuat melalui aplikasi EZ Smart Park sahaja.

Sumber: DBKL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY