Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bayar cukai lhdn dalam talian

Bayaran Cukai Pendapatan Guna Cek Melalui Pos Dihentikan Mulai 1 Januari 2021

Diterbitkan November 26, 2020 ยท Dikemas kini November 26, 2020 oleh Amsyar Latif

Sebagai usaha dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah digital dengan meningkatkan penggunaan medium pembayaran dalam talian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini mengumumkan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman mel (pos) atau kurier akan dihentikan mulai 1 Januari 2021.

Namun, pemberhentian ini tidak terpakai untuk pembayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan juga kompaun.

Mulai tarikh tersebut, pembayar cukai atau wakil cukai boleh buat pembayaran melalui:

  • ezHasil melalui portal rasmi LHDNM
  • Portal perbankan internet yang dilantik sebagai ejen
  • Kaunter bayaran LHDNM
  • Kaunter bank
  • Mesin deposit tunai/cek
  • Mesin juruwang automatik (ATM)

Tambahan lagi, resit juga tidak akan dikeluarkan bagi semua transaksi e-bayaran dan pembayar cukai perlu menyimpan slip transaksi tersebut sebagai bukti bayaran.

Selain itu, sebarang bayaran cukai melalui pos atau kurier hendaklah dilakukan segera sebelum 1 Januari 2021 bagi mengelakkan kenaikan lewat bayar dikenakan.

Sumber: LHDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY