Pembangunan Kereta Terbang, UniMAP Sedia Kongsi Kepakaran Yang Dimiliki

Penghujung Februari yang lalu, kereta terbang Malaysia yang pertama telah dikhabarkan akan dipertontonkan kepada umum pada tahun ini.

Bakal digunakan untuk aktiviti pemantauan ladang dan juga sebagai pengangkutan awam, pelbagai pihak dilapor berminat terhadap pembangunan kereta terbang itu.

Antara yang bersedia menawarkan kepakaran dalam teknologi itu adalah Universiti Malaysia Perlis sepertimana yang dilaporkan Bernama.

Universiti tersebut mempunyai hab penyelidikan Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (COEUAS), yang memfokuskan kepada teknologi sistem tanpa pemandu (UAS)

Menurut laporan, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, beliau menyatakan kereta terbang bukanlah sesuatu yang mustahil di era teknologi moden ini. Tambahnya lagi, untuk merealisasikan kereta terbang ini, dana yang secukupnya perlu disediakan kerajaan dan dalam masa yang sama membuka peluang kepada rakyat untuk menyumbang idea.

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: NBC News