Grup Lazarus, Bluenoroff dan Andariel ini didapati beroperasi di bawah arahan agensi risikan Korea Utara.
Pihak A.S telah mengambil tindakan terhadap 3 grup yang dipercayai terlibat dalam pembangunan dan penyebaran seterusnya melakukan serangan perisian hasad WannaCry yang berlaku pada 2017 dahulu.
Menerusi Jabatan Khazanah A.S, Pejabat Khazanah Kawalan Aset Asing (OFAC), A.S telah menyekat semua harta dan aset kewangan yang dimilik oleh grup Lazarus, Bluenoroff dan Andariel di A.S serta melarang sebarang urusan dibuat melibatkan aset-aset grup tersebut.
Grup penggodam ini memang menjadi perhatian oleh industri keselamatan komputer kerana mereka didapati aktif dalam aktiviti jenayah siber.
Malah mereka juga didapati menjalankan kegiatan penggodaman dan pembangunan perisian hasad atas arahan daripada pihak risikan Korea Utara (Reconnaissance General Bureau aka RGB).
Selain melakukan serangan siber menerusi WannaCry, mereka juga dipercayai bertanggungjawab terhadap penggodaman terhadap Sony yang berlaku pada November 2014 dahulu.
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- Perisian Antivirus McAfee Didapati Mempunyai Kecacatan Yang Boleh Dieksploitasi Penggodam
- WhatsApp Menjadi Lubuk Penggodam Bagi Menyerang Pegawai Tinggi Kerajaan Di 5 Benua
- Penggodam Berjaya Mengakses Servis Storan Awan ASUS Dan Menyebarkan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Pengguna Menerusinya
- Kerajaan A.S, UK Dan Kanada Menuduh Penggodam Russia Cuba Mencuri Vaksin COVID-19
- Tesla Digodam, Penggodam Dihadiahkan Model 3
- Sony Mengejutkan Pengunjung CES Dengan Prototaip Kereta Vision-S
- Iklan Jawatan Kosong Sony Mendedahkan Pelancaran PlayStation 5
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
- Penggodam Menjadikan Perisian Hasad Yang Dibangunkan Mereka Semakin Sukar Dikesan Penyelidik Keselamatan Komputer
- 7 Kecacatan Kritikal Pelayar Chrome Mendedahkan Aplikasi Tersebut Kepada Penggodaman