Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokemon Go Berkolaborasi Bersama Starbucks Untuk Kemaskini Terbaru Mereka.

Pembangun Permainan Pokémon Go Terpaksa Mengurangkan Pekerja

Diterbitkan Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi Pokémon Go yang pernah hit pada tahun 2016 dahulu,  Niantic Inc dilaporkan akan memberhentikan sekitar 85 ke 90 orang pekerja mereka.

Malah 4 projek yang dirancang untuk dilaksanakan juga terpaksa mereka batalkan.

Projek-projek itu adalah pembangunan permainan Transformer, kolaborasi pembangunan permainan bersama Punchdrunk dan 2 lagi melibatkan projek yang dinamakan sebagai Blue Sky dan Snowball.

Menurut laporan Bloomberg, Niantic Inc kini berada dalam keadaan sukar dan sudah pun mengurangkan kos perbelanjaan syarikat di pelbagai sudut.

Pada tahun 2016 dahulu, Niantic Inc telah mengeluarkan judul permainan Pokémon Go sehingga menjadi fenomena budaya hampir di seluruh dunia.

Kejayaan Pokémon Go membolehkan syarikat itu dianggarkan berupaya menjana keuntungan lebih daripada 1 bilion dolar setiap tahun.

Tetapi selepas itu, permainan-permainan baharu yang diperkenalkan mereka gagal meneruskan kejayaan sepertimana yang dicapai Pokémon Go.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY