Pembangun Permainan Plague Inc Menderma Sebanyak 250K USD Untuk Bantu Mangsa Covid-19

Plague Inc merupakan permainan di mana pemain boleh mengubah sesuai penyakit/virus dengan objektif untuk menyebarkan penyakit itu kepada seberapa banyak manusia yang mungkin. Permainan ini pada ketika ini menjadi popular disebabkan sebab yang anda juga mungkin tahu - Covid-19.

Akan tetapi, ada juga pihak yang menimbulkan rasa kerisauan berkemungkinan permainan ini boleh menimbulkan kekeliruan dari segi maklumat kepada pemainnya. Seperti contoh, sebelum ini permainan ini telah dibuang dari App Store di China.

Namun, baru sahaja lagi pembangun permainan tersebut, Ndemic Creations membuat pengumuman bahawa mereka secara sukarela telah menderma dana untuk membantu mangsa Covid-19. Dana itu telah dibahagikan antara organisasi Coalition of Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dan juga World Health Organization's (WHO) COVID-19 Solidarity Response Fund.

Menurut pencipta asal Plague Inc, James Vaughan, beliau sendiri tidak menyangka dunia realiti akan menjadi seperti apa yang dimainkan dalam permainan Plague Inc itu. Namun, Ndemic Creations merasa berbesar hati dapat menolong kerja dan usaha penting WHO dan CEPI dalam mencari vaksin untuk wabak Covid-19 ini.

Permainan Plague Inc ini boleh dimainkan percuma dan pengguna boleh memuat turun permainan ini pada App Store Apple, Google Play Store Android, Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch, dan juga PC melalui Steam.

Sumber: Ndemic Creations