Pembangun Perisian Antivirus BitDefender Mengesahkan Isu Kecacatan Keselamatan Pada Perisian Mereka

Pengguna Windows diminta mengemas kini segera perisian tersebut.


Jika anda adalah antara jutaan pengguna Windows yang menggunakan perisian antivirus BitDefender versi percuma, anda diminta supaya mengemas kini segera perisan tersebut.

Secara khusunya perisian yang dimaksudkan di sini adalah Bitdefender Antivirus Free 2020. Ini kerana pihak pembangunnya telah mengesahkan kecacatan yang ada pada perisian mereka itu boleh menyebabkan penggodam mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas komputer pengguna Windows.

Pihak BitDefender menjelaskannya seperti berikut:-

"An Untrusted Search Path vulnerability in the ServiceInstance.dll library versions 1.0.15.119 and lower, as used in Bitdefender Antivirus Free 2020 versions prior to 1.0.15.138, allows an attacker to load an arbitrary DLL file from the search path."

Isu ini pertama kali dideahkan oleh pihak penyelidik keselamatan dari SafeBreach dan didakwa ia telah menjejaskan berjuta pengguna perisian tersebut.

Oleh itu, pengguna perisian ini diminta supaya segera mengemas kini perisian tersebut kepada versi terbaru yang telah pun dilepaskan oleh pihak BitDefender kepada para pengguna mereka di seluruh dunia.

Berkaitan