Pembangun Magisk Bakal Bekerja Sebagai Pelatih Di Apple

Pembangun aplikasi Magisk, John Wu, telah mengumumkan di Twitter ( @topjohnwu ), menyatakan beliau bakal menghabiskan tempoh 4 bulan berkerja sebagai pelatih di Apple. John Wu cukup terkenal dalam kalangan pengguna Android yang gemar root peranti mereka melalui aplikasi Magisk.

https://twitter.com/topjohnwu/status/1124783419408375810

Bagi yang belum mengenali aplikasi Magisk, ia adalah alternatif kenapa Chainfire's SuperSU ataupun SuperUser.

Kedua-dua aplikasi SuperSU dan SuperUser ini ibarat kunci bagi memastikan sesebuah peranti berada didalam keadaan root.

Tetapi kedua aplikasi tersebut tidak lagi berfungsi dengan baik, apabila pembangun sistem perbankan telah menaiktaraf sistem keselamatan mereka dengan tidak membenarkan peranti yang sudah didalam keadaan root untuk menggunakan aplikasi mereka.

John Wu bersama aplikasi Magisk beliau telah menyelesaikan isu ini dengan membenarkan pengguna yang peranti mereka sudah berada didalam keadaan root  untuk mengakses aplikasi perbankan atas urusan transaksi dan lain-lain.

Menurut laman Android Police, John Wu percaya yang mana beliau mungkin diberikan tugasan bersama kumpulan pembangun platform Siri.

 

Sumber: Twitter