Pembangun Fortnite Disaman Kerana Mereka Permainan Tersebut Supaya Pemain Ketagih Memainkannya

Saman difailkan oleh 2 keluarga di Quebec, Kanada.


Firma pembangun permainan popular, Epic Games Inc.berdepan saman daripada 2 keluarga dari Quebec, Kanada selepas dituduh membangunkan dan mereka permainan atas talian Fortnite supaya pemainnya ketagih memainkannya.

2 keluarga tersebut menuduh permainan tersebut telah menyebabkan anaka mereka yang masing-masing berumur 10 dan 15 tahun telah ketagih dengan permainan Fortnite dalam masa yang singkat.

“The addiction to the game Fortnite has real consequences on the lives of players, many of whom have developed problems such that they do not eat, do not shower, and no longer socialize. Moreover, rehabilitation centres specifically dedicated to addiction to Fortnite have opened all over the world, particularly in Quebec and Canada, to treat people for addiction.” Antara kandungan dalam pemfailan saman tersebut.

Dalam kandungan pemfailan tersebut mendakwa, anak pasangan tersebut yang berumur 10 tahun didakwa telah bermain permainan Fortnite lebih daripada 1,800 kali sejak pertama kali memainkannya pada Disember 2018 lalu.

Manakala satu lagi pasangan mendakwa, anak mereka yang berumur 15 tahun itu didapati telah bermain permainan atas talian tersebut lebih daripada 7,700 kali sejak mula belajar bermain Fortnite pada Oktober 2017 lalu.

Sumber: Global News