Lebih dulu dari Intel Pentium.
Intel sebelum ini memaklumkan bahawa cip pemprosesan 7nm mereka hanya akan hadir pada tahun 2022 atau 2023.
Tetapi pembangun cip pemprosesan terbaru dari China yang dikenali sebagai Phytium menyatakan bahawa mereka akan hadir dengan cip pemprosesan 7nm pada lewat 2021.
Tidak setakat itu, mereka juga mendakwa bersedia untuk melancarkan cip pemprosesan 5nm dengan teras pemprosesan antara 128 hingga 512 teras.
Phytium telah pun melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka khusus untuk pelayan iaitu Tengyun S2500 yang berasaskan arkitektur pemprosean 16nm baru-baru ini.
Proses pengilangan cip tersebut dibuat oleh TSMC.
Tetapi Phytium bukanlah satu-satunya pembangun cip pemprosesan dari China yang bercita-cita menyaingi Intel dan AMD, sebaliknya terdapat sebuah lagi pembangun cip pemprosesan dari China iaitu Zhaoxin yang turut sama mendakwa cip pemprosesan mereka mampu menandingi cip Intel dan AMD.
Sumber: NoteBook Check
Berkaitan
- Malaysia Menjadi Ladang Solar Terbesar Intel Selepas AS
- Lelaki Lilit 239 Cip Intel Gen 13 Bernilai Lebih RM200 Ribu Dipinggang
- Intel Memperincikan Ciri-Ciri Baru Rocket Lake
- AMD Kini Mengambil Alih Penguasaan Pasaran Cip Pemprosesan Dari Intel
- Intel Umumkan 7 Cip Pemprosesan Alder Lake HX Terbaru
- AMD Mengumumkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-3 AMD Ryzen 9 Dengan 12 Teras
- Aplikasi Intel Graphics Command Center Ditambah Baik Dengan Rekaan Dan Ciri Terbaru
- Cip Pemprosesan Intel Sehingga Kini Masih Terdedah Kepada Eksploitasi Penggodaman
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- Kemas Kini Windows 10 May 2020 Menimbulkan Masalah Serius Pada Storan Intel Optane