Pembangun Aplikasi Untuk Windows Phone Antara Yang Terkorban Dalam Tragedi Tembakan Christchurch

Jumaat lalu dunia telah digemparkan dengan tragedi tembakan di Christchurch dengan angka korban mencecah angka 50 orang.

Menyasarkan dua buah masjid, antara yang terkorban adalah Atta Elayyan, salah seorang pengasas kepada syarikat Lazyworm Apps, yang mana pernah menghasilkan aplikasi popular untuk Windows Store. Mereka turut berkerja rapat dengan syarikat gergasi seperti Microsoft dan Mediaworks.

Kapsyen: Kredit foto: Daily Esports


Berusia 33 tahun, Elayyan bukan sahaja terkenal sebagai pembangun aplikasi, diusia mudanya beliau aktif dalam permainan Counter Strike: Source dengan menganggotai pasukan NewType. NewType dikatakan antara pasukan yang mendominasi rantau Ocenia dalam permainan itu.

Kapsyen: Pasukan NewType | Kredit foto: Daily Esports


Kerjaya sebagai CEO syarikat pembangun aplikasi juga tidak menghalang Elayyan dari bergiat aktif dalam sukan. Bermain di posisi penjaga gol, beliau sudah 19 kali bermain untuk Futsal Whites, pasukan futsal kebangsaan New Zealand.

Kapsyen: Kredit foto:Sutff


Kehilangan Atta Elayyan dan mangsa-mangsa lain yang terkorban dalam tragedi itu sudah pastinya memberi kesan mendalam terhadap rakyat New Zealand, bahkan ia dirasai diseluruh dunia.

Sementara itu, difahamkan dua rakyat Malaysia yang terlibat, dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan manakala seorang lagi sedang menunggu untuk dibedah.

Kapsyen: Kredit foto: Daily Esports


Sumber: Daily Esports dan Stuff