Pembaca Meter Pintar Di Belanda Didapati Memberi Bacaan Kurang Tepat Sehingga 600%

Saintis Belanda telah mendapati bahawa pembaca meter pintar boleh menghasilkan bacaan kurang tepat sehingga 600% dari jumlah sebenar berbanding menggunakan pembaca elektromekanik. Kajian yang dijalankan oleh Universiti of Twente Enschede dan Universiti Sains Gunaan Amsterdam menguji 9 jenama pembaca meter pintar yang biasa dipasang di rumah-rumah di Belanda selama tempoh 6 bulan di dalam makmal.

Saintis-saintis itu memasang pembaca meter pintar tersebut dengan pelbagai alatan elektrik yang terdapat di dalam rumah. Alatan tersebut kemudian disambung dengan bekalan elektrik hasil ujian diambil kira. Sesetengah ujian mengambil masa dalam seminggu dan ada ujian yang mengambil masa beberapa minggu.

Mereka mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada gangguan elektromekanik. Para pengkaji menjumpai pembaca meter yang menggunakan sensor gegelung Rogowski memberi bacaan kurang tepat sehingga +276% manakala pembaca meter yang menggunakan sensor 'Hall-effect' memberi bacaan sehingga -46%.

Jumlah pembaca meter pintar ini dipasang di rumah-rumah Belanda ialah lebih kurang 75,000. Memandangkan banyak negara lain yang menggunakan meter yang sama, masalah ini mungkin akan memberi kesan kepada rumah-rumah lain di serata dunia termasuklah Malaysia.

Kepada pengguna di Malaysia ni boleh la tengok bil elektrik melambung ke tak. Parah kalau kena bayar mahal dari apa yang kita guna.

Sumber