Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meter pintar TNB

Pemasangan Meter Pintar Bakal Diperluas Di Seluruh Negara – TNB

Diterbitkan Jun 16, 2020 oleh Amalina Athman

Selepas kejayaan pemasangan 340,000 unit meter pintar di Melaka, Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan meneruskan perancangan untuk memperluaskan pemasangan meter pintar di seluruh negara.

Syarikat utiliti itu dijangka akan membekalkan sekitar 9 juta unit di seluruh negara menjelang 2021 dengan sasaran 1.2 juta unit di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pemasangan meter pintar itu akan memberi manfaat dengan kelebihan teknologi yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal penggunaan elektrik.

Menurutnya, antara maklum balas positif yang diterima oleh TNB adalah pengguna menerima bil elektrik sebenar mengikut penggunaan semasa dan bukannya bil anggaran walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bil sebenar itu boleh diakses terus menerusi e-mel, aplikasi MyTNB dan portal TNB.

Pemasangan meter pintar oleh TNB telah dimulakan sejak 2014 hingga 2016 di bawah projek perintis di Melaka dan Putrajaya.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY