Pemandu GrabCar Didenda RM 3500 Atas Kesalahan Menyerang Penumpang

Seorang pemandu GrabCar telah didenda sebanyak RM 3500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya setelah didapati bersalah menumbuk sehingga menyebabkan mangsa 17 tahun patah hidung.

Pemandu berumur 29 tahun tersebut, M. Thiban mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Mengikut fakta kes, mangsa telah meminta pemandu GrabCar untuk menggunakan laluan yang tidak menggunakan tol dan perkara itu tidak disetujui oleh pemandu tersebut. Mangsa kemudian minta untuk turun sebelum menghempaskan pintu kereta.

Perkara tersebut menaikkan kemarahan pemandu tersebut sebelum dia menumbuk mangsa.

Sumber

Berkaitan