Pemain Pokemon Go Membelanjakan Sejumlah RM 8 Bilion Untuk Tempoh Lebih 2 Tahun

Sebanyak mana anda sanggup berbelanja untuk mendapatkan kelebihan dalam games yang anda mainkan? Untuk mereka yang hardcore, sudah pasti jumlahnya agak tinggi berbanding mereka yang bermain secara biasa.

Pokemon Go yang membuat kemunculan pertama pada bulan Julai 2016 telah mendapat pendapatan sebanyak RM 8 bilion hasil dari yang dibelanjakan oleh pemain mereka. Nilai itu mencecah sebanyak RM 4 bilion untuk 302 hari yang pertama dan lagi 509 hari untuk menggandakan nilai tersebut.

Nilai tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kehebatan Clash of Clans yang hanya mengambil masa sebanyak  768 hari untuk mendapat pulangan sebanyak RM 4 bilion.

Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai bilangan muat turun Pokemon Go terbanyak di dunia sementara Brazil berada di tempat ke-2. Jepun pula sebagai negara kelahiran Pokemon itu sendiri penyumbang terbesar dari segi perbelanjaan pemain untuk permainan tersebut mewakili sebanyak 33.5% dari jumlah keseluruhan.

Sumber