Pemain PC Dan Juga Dota 2 Adalah Yang Paling Banyak Memaki Hamun Ketika Bermain Permainan Video

“s**t” adalah perkataan cacian paling popular digunakan pemain permainan.


Satu kaji selidik telah dijalankan oleh penyelidik dari Online Gambling bagi melihat siapakah dan apakah perkataan kesat, cacian dan sumpah seranah yang paling banyak dihamburkan ketika pemain bermain permainan komputer dan konsol.

Hasil daripada kaji selidik itu mendapati, pengguna komputer adalah yang paling banyak memaki hamun ketika mereka bermain permainan komputer.

Diikuti oleh mereka yang bermain permainan video di konsol permainan PlayStation 4, Xbox dan Nintendo Switch. Perkataan cacian yang paling kerap dihamburkan adalah “S**t”, “f*****g” dan “f**k”.



Selain itu, penyelidik juga melihat kata-kata kesat yang kerap dikeluarkan ketika pemain bermain 10 judul permainan popular.

10 judul permainan itu adalah Diablo, Heroes of the Storm, Fallout 4, Starcraft, Global Offensive, Overwatch, DotA 2, Call of Duty, Minecraft dan FIFA.

Daripada 10 judul permainan itu, judul permainan DotA 2 adalah yang paling banyak pemain menghamburkan maki hamun.

Perkataan cacian yang paling banyak dikeluarkan oleh pemain DotA 2 adalah “S**t”, “f**k” dan “f*****g” iaitu sebanyak 3,845 dari komen yang disenaraikan oleh pengguna Reddit.



Kaji selidik yang dijalankan ini melibatkan set data yang berjumlah lebih daripada 40,000 komen dari komuniti gaming subreddit, pemain permainan dari seluruh dunia dan diskusi dari 14 platfom permainan popular.