Pelukis Tempatan Ini Minta Pengguna Twitter Lukis Perkara Yang Menggambarkan Malaysia, Lihat Hasilnya

Dari projek kecil, ianya bertukar menjadi sambutan luar biasa oleh pengguna Twitter. Semuanya bermula apabila Ann Jaafar memuat naik ciapan di Twitter dengan templat "Draw things that are so Malaysian to you" sejak 24 Ogos yang lalu.

https://twitter.com/annjfr/status/1297792929939955712

Menerusi projek tersebut, warganet mula menunjukkan kreativiti masing-masing. Pelbagai lukisan yang menggambarkan Malaysia telah dimuat naik termasuk permainan tudung botol, baling selipar, van Milo, sirap ikat tepi, Aiskrim Malaysia dan sebagainya.



Projek itu juga telah menerima perhatian ramai pengguna media sosial. Sehingga artikel ini ditulis, lebih 17.8K ciapan semula dan 16.4K tanda suka telah diterima.

https://twitter.com/annjfr/status/1300434903675408384

Ia diadakan sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang disambut pada 31 Ogos. Beberapa lukisan juga telah digabungkan menjadi sebuah video pendek dengan durasi 58 saat. Menurut Ann, sebagai rakyat Malaysia kita boleh bersatu dalam pelbagai perkara termasuk kesenian.

Kapsyen: Ann Jaafar


Bagi anda yang belum mengenali Ann Jaafar, beliau merupakan seorang pelukis doodle berbakat yang terkenal dengan memakai beg kertas berwarna coklat.

Adakah anda juga mempunyai kenangan sambutan Hari Kemerdekaan yang ingin dikongsikan? Tinggalkan komen anda.

Kredit: Ann Jaafar