Peluang Menangi Proton X50 Dengan Pembelian Huawei Watch GT 2 Pro Dan FreeBuds Pro

Huawei baru-baru ini telah melancarkan kempen 'Huawei Better Together' yang bermula dari 28 November 2020 hingga 3 Januari 2021.

Dalam tempoh ini, pelanggan akan menikmati dua kali ganjaran bagi setiap pembelian produk Huawei termasuk Watch GT 2 Pro, FreeBuds Pro atau MatePad T 10s.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima hadiah bernilai lebih RM300,000 dan hadiah eksklusif untuk setiap pembelian produk Huawei tersebut termasuk Proton X50.

Untuk mengimbas kembali, Huawei Watch GT 2 Pro merupakan jam pintar andalan daripada Huawei yang sesuai untuk kegunaan pekerjaan, hiburan dan sukan.



Rekaan jam pintar ini berbentuk bulat dengan permukaannya daripada kaca safir, bingkai titanium dan seramik pada bahagian belakang.



Ia turut hadir dengan ciri-ciri Onehop Share untuk memindahkan gambar daripada telefon pintar ke jam pintar ini pada bila-bila masa.



Selain itu, Huawei juga mendakwa bahawa jangka hayat bateri Watch GT 2 Pro mampu bertahan sehingga 2 minggu. Tambahan lagi, lebih daripada 100 mod senaman ditawarkan ditambah dengan ciri-ciri penjejakan kecergasan.

Di samping itu, Huawei FreeBuds Pro pula adalah fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) pertama yang menyokong pembatalan bunyi dinamik pintar.



Dengan adanya mod kesedaran dan mod suara, anda boleh mendengar bunyi persekitaran dengan jelas tanpa perlu membukanya dan mampu membuat panggilan walaupun suasana persekitaran bising.

Fon telinga ini juga mudah dikawal sama ada anda ingin menukar lagu, mengangkat panggilan atau pun mengubah kelantangan audio.

Turut dilengkapi fungsi quick switch dimana anda boleh menyambungkan fon telinga ini dengan telefon pintar atau tablet secara serentak.



Menarik lagi, terdapat tiga profail yang ditawarkan dimana anda boleh memilih mod General, Cosy atau Ultra bagi tujuan pembatalan hingar aktif yang optimum.

Sekiranya anda berminat, anda boleh terus ke kedai Huawei terdekat atau gedung dalam talian Huawei mulai hari ini.