Peluang Memenangi Samsung Galaxy Note10+ Menerusi Peraduan #ARDoodlePlus

Samsung  menganjurkan satu peraduan penghasilan doodle di Instagram untuk mempromosikan kebersamaan dan ekspresi cinta berdasarkan tema "Love Notes".



Peraduan ini sudah bermula sejak 2 Oktober dan akan berlangsung sehingga 30 Oktober 2019. Pemenang bagi hadiah utama akan diumumkan pada 5 November 2019.

Peraduan ini hanya terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Cara menyertai peraduan:



  1. Peserta perlu follow akaun Instagram @SamsungMalaysia

  2. Peserta harus menangkap gambar atau video AR pilihan mereka bersama pasangan berdasarkan tema yang diberi

  3. Ilustrasikan doodle dan lukisan pada gambar atau video tersebut menggunakan AR

  4. Muat naik gambar atau video tersebut di akaun Instagram anda dengan menambah tanda pagar #GalaxyNote10 #ARDoodlePlus serta tag akaun @SamsungMalaysia

  5. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada tatapan umum

  6. Hantar sekurang-kurangnya 10 penyertaan sepanjang tempoh peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah utama



Hadiah peraduan:

Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah unit Samsung Galaxy Note10 dan sebuah lagi unit Samsung Galaxy Note10+.



Selain itu, turut ditawarkan juga 40 pasang tiket Marvel Studios: Ten Years of Heroes Exhibition (5 orang pemenang mingguan akan menerima sepasang tiket seorang).

Bagi anda yang berminat untuk menyertai dan memenangi hadiah yang ditawarkan, boleh lanjutkan bacaan ke laman Samsung Malaysia.