Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelbagai Jenama Komputer Riba Sudah Dilengkapi Siri Kad Grafik GeForce RTX 30

Pelbagai Jenama Komputer Riba Sudah Dilengkapi Siri Kad Grafik GeForce RTX 30

Diterbitkan Januari 27, 2021 · Dikemas kini Januari 27, 2021 oleh ariff bukhari

Pengeluar perkakasan kad grafik komputer terkemuka, NVIDIA telah mengumumkan pelbagai jenama komputer riba bagi model berprestasi tinggi sudah mula dilengkapi dengan cip grafik siri GeForce RTX 30.

Antara model-model komputer riba yang sudah berada di pasaran yang dilengkapi dengan siri cip grafik terbaru itu adalah seperti AORUS 15G 15.6″, RAZER BLADE 15 BASE 15.6″, MSI GP66 15.6″, GIGABYTE AERO 15 OLED 15.6 dan RAZER BLADE PRO 17 17.3″.

Walaubagaimanapun, hanya siri GeForce RTX 3070 dan 3080 sahaja ditawarkan untuk komputer riba buat masa ini.

Jika anda mahukan pilihan komputer riba yang dilengkapi dengan siri GeForce RTX 3060, anda perlu menunggu sehingga 2 Februari 2021 nanti.

NVIDIA menyatakan, antara teknologi utama yang ada pada siri GeForce RTX 30 termasuklah teknologi Ray Tracing generasi kedua, tersedia menyokong realiti maya (VR) dan Dynamic Boost 2.0 yang mampu mengimbang keperluan prestasi dan ketahanan bateri komputer riba.

Untuk info lanjut dan melihat senarai model-model komputer riba yang dilengkapi dengan siri cip grafik GeForce RTX 30, layari laman rasmi NVIDIA.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY