Pelayar Vivaldi Kini Dengan Ciri "Break Mode"

Pembangun aplikasi pelayar Vivaldi telah memperkenalkan ciri terbaru yang satu-satunya hanya ada pada pelayar mereka iaitu ciri yang dikenali sebagai "Break Mode".

"We are excited to introduce the new Break Mode that will help you unplug from continuous work – improving work-life balance and focusing on activities outside the browser." Vivaldi

Ciri tersebut membolehkan pengguna memberhentikan HTML5, audio dan video di laman sesawang yang dilayari  serta menyembunyikan panel, tab dan segala kandungan.

Apabila ciri "Break Mode" diaktifkan, ia akan menjadikan antaramuka pelayar Vivaldi seperti rajah di bawah.

Kapsyen: Butang "Break Mode" terletak di bahagian kiri bawah pelayar Vivaldi. Klik butang tersebut untuk mengaktif dan nyah aktif ciri Break Mode".


Anda boleh mencuba sendiri ciri baru ini dengan mengemas kini kepada versi terbaru pelayar Vivaldi atau memuat turun versi Vivaldi 3.3 dan terbaru dari laman rasmi Vivaldi.