Pelayar Opera 64 Kini Lebih Pantas, Lebih Privasi Dan Lebih Stabil

Ciri VPN terbina dalam serta beberapa ciri lain yang ditambah baik menjadikan Opera lebih seronok untuk digunakan.


Pembangun pelayar Opera telah menaik taraf Aplikasi Opera 64 kepada versi 64.0.3417.47 yang dipertingkatkan prestasinya serta penambah baikan terhadap ciriciri menarik yang ada pada pelayar tersebut.

Antar ciri menarik yang ada di dalam Opera sebelum ini iaitu ciri VPN (virtual private network) terbin adalam telah ditambah baik dengan menjadikannya lebih stabil dari versi sebelum ini.

Ciri VPN pelayar Opera ini boleh diakses menerusi Settings > Advance > Features > VPN



Tidak cukup sekadar itu, Opera memberikan lebih tetapan pilihan kepada pengguna mereka bagi meningkatkan lagi privasi ketika mereka melayari internet dengan ciri penghalang penjejak baru yang boleh diakses menerusi bahagian Easy setup.



Satu lagi ciri yang ditambah baik pada Opera adalah ciri Snapshot yang mana membolehkan pengguna membuat tangkap layar terus dari pelayar tersebut. Kini Snapshot turut dilengkjapi dengan antaramuka yang membolehkan penggunanya membuat suntingan ringkas pada imej yang diambil.



Pelayar Opera 64 terbaru boleh digunakan pada sistem operasi Windows, macOS dan Linux.

https://www.youtube.com/watch?v=6k_Cmp9vtYg