Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perlihatkan Rekaan Logo Terbaru Pelayar Microsoft Edge

Pelayar Microsoft Edge Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Linux

Diterbitkan Oktober 21, 2020 · Dikemas kini Oktober 21, 2020 oleh ariff bukhari

Selepas ditawarkan lebih awal kepada pengguna Windows, macOS, peranti iOS dan Android, pelayar Microsoft Edge kini turut ditawarkan kepada pengguna sistem operasi komputer linux.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah versi penuh pelayar tersebut. Sebaliknya ia adalah versi pembangun untuk percubaan awal oleh para pengguna Linux.

“We are pleased to announce the availability of the Microsoft Edge Dev Channel for Linux!” Microsoft

Versi pembangun pelayar Edge ini menyokong Ubuntu, Debian, Fedora dan openSUSE.

Bagi memasang pelayar Edge ke dalam Linux, pengguna boleh memuat turun dan memasang pakej .deb atau .rpm terus dari laman rasmi Microsoft Edge Insider.

Cara tersebut membolehkan pengguna mendapatkan kemas kini terbaru pelayar Edge secara automatik.

Atau pengguna Linux juga boleh memasang Microsoft Edge dari Microsoft’s Linux Software Repository menerusi pakej dengan memasukkan baris arahan dari panduan yang diberikan oleh pihak Microsoft.

edge linux

Microsoft Edge merupakan pelayar terbaru berasaskan Chromium yang sudah pun ditawarkan sejak Januari 2020 lalu.

Antara ciri-ciri utama pelayar Edge termasuklah sokongan Chrome extension ciri pengurusan kata laluan terbina dalam dan ciri sekatan iklan dan penjejakan terbina dalam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY