Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore

Nampaknya 2017 merupakan tahun yang agak"meriah" buat pengeluar peranti mudah alih dari Korea Selatan, Samsung.

Bermula dengan kejayaan model perdana, Galaxy S8, syarikat itu kini tampil dengan pelayar internet dikenali sebagai Samsung Internet yang merupakan alternatif lain kepada pelayar seperti Chrome, Opera dan juga Firefox.

Walaupun tidak segah seperti pelayar web yang lain, prestasi Samsung Internet tidak kurang hebatnya. Dihadirkan dengan beberapa fungsi seperti...

  • mode malam

  • sokongan penghalang iklan (adblocker)

  • sinkrosinasi Samsung Cloud

  • butang pintasan terapung membolehkan anda membuka tab baru atau membuat perkongsian.




 



Jika anda berminat untuk mencuba pelayar internet ini, pastikan peranti anda beroperasi dengan sistem operasi Android Lollipop 5.0 dan keatas.

Muat turun aplikasi>> Samsung Internet