Pelayar Google Chrome Versi 78 Menawarkan Beberapa Ciri Terbaru

Juga penambah baikan terhadap ciri keselamatan dan pengaktifan mod gelap pada laman sesawang.


Google telah melepaskan kemas kini terbaru pelayar Google Chrome versi 78 untuk para pengguna komputer.

Dalam versi terbaru ini Google telah menambah baik beberapa ciri utama pelayar tersebut seperti ciri keselamatan dan ciri pengaktifan mod gelap terhadap laman sesawang.

Sebelum ini, Google telah pun mula menawarkan ciri paksaan mod gelap bagi laman sesawang, cuma ia belum cukup sempurna. Tetapi pada versi Chrome 78, ciri tersebut yang boleh diaktifkan menerusi chrome://flags/#enable-force-dark didapati lebih sempurna dari versi terdahulu.

Kapsyen: Pilihan terbaik untuk pengaktifan paksa mod gelap tersebut adalah "Enabled with selective inversion of non-image elements".


Selain itu, Chrome kini turut memaparkan kad nama laman sesawang apabila pengguna mengarahkan tetikus ke atas sesebuah tab.



Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang penambah baikan ciri keselamatan Google Chrome 78, anda boleh melihatnya di laman Google Git.