Pelayar Firefox 73 Akan Dilengkapi Tetapan Ciri Zoom

Pengguna tidak lagi perlu bergantung pada extension pihak ketiga.


Pembangun pelayar Firefox, Mozilla kini sedang mencuba ciri baru yang akan diperkenalkan nanti dalam pelayar Firefox 73 iaitu tetapan ciri Zoom.

Jadi, pengguna pelayar tersebut nanti tidak lagi perlu bergantung kepada extension tambahan seperti Fixed Zoom bagi melakukan tetapan tahap zoom pada laman sesawang yang dilawati mereka.

Kapsyen: Tetapan zoom boleh ditetapkan dari 30% hingga 300%.


Menerusi tetapan ini, pengguna juga boleh menetapkan sama ada hanya mahukan zoom pada keseluruhan laman sesawang atau zoom hanya pada teks sahaja.

Buat masa ini, versi stabil Firefox adalah Firefox 71. Untuk mencuba ciri-ciri awal seperti Zoom ini, anda perlu menggunakan versi Firefox Nightly 73 yang boleh dimuat turun dan dipasang secara percuma pada platfom Windows (64 bit atau 32 bit), Linux (64 bit atau 32 bit) dan macOS.

Firefox 73 dijangka hanya akan ditawarkan kepada pengguna pada 11 Februari 2020 nanti.