Pelayar Firefox 72 Dikemas Kini Kepada Versi 72.0.2

5 Penambahbaikan utama dilakukan ke atas versi terbaru Firefox 72.


Pembangun pelayar Firefox, Mozilla telah pun melepaskan kemas kini terbaru Firefox 72.0.2 kepada pengguna.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, Firefox telah berdepan dengan isu keselamatan kritikal yang menyebabkan telah berlakunya satu insiden penggodaman berikutan eksploitasi ke atas kecacatan yang ada pada versi Firefox 72.0.

Oleh itu, pengguna telah digesa supaya segera mengemas kini pelayar tersebut kepada versi Firefox 72.0.2.

Untuk Firefox 72.0.2 pula, terdapat 5 penambahbaikan utama telah dilakukan iaitu memperbetulkan isu membuka fail pdf, isu prestasi pelayar yang ada kaitan dengan ciri tetapan kata laluan utama (master password), isu kestabilan aplikasi, masalah memainkan video 1080p 60fps pada sebahagian sistem serta menambah baik pelbagai isu-isu lain.

Pelayar Firefox boleh terus dikemas kini dari atas pelayar atau memuat turun secara percuma pelayar tersebut dari laman rasmi Mozilla.