Membolehkan anda mengawal media terus dari antaramuka pelayar.
Dalam kemas kini terbaru aplikasi pelayar Chrome 77 versi komputer, Google telah memuatkan salah satu ciri tersembunyi yang amat berguna kepada penggunanya.
Secara khususnya, versi Google Chrome 77.0.3865.90 mengandungi ciri yang dikenali sebagai Global Media Controls. Mengaktifkan ciri tersebut akan membolehkan pengguna terus mengakses antaramuka kawalan bagi mengawal media yang dimainkan seperti dari laman YouTube dan Spotify menerusi butang pintasan pada pelayar tersebut.
Bagi mengaktifkan butang pintasan Global Media Controls itu, anda perlu memasukkan chrome://flags/ pada ruang URL pleyar Chrome. Seterusnya buat carian Global Media Controls.
Kemudian, pilih Enabled pada kotak pilihan dan klik pada butang Relaunch Now.
Selepas itu, anda akan dapati terdapat butang pintasan baru pada antaramuka pelayar Chrome seperti rajah di bawah.
Menerusi butang pintasan tersebut, anda boleh mengawal media yang sedang aktif di sesebuah laman sesawang terus dari antaramuka pelayar Chrome.
Butang itu pula hanya akan muncul sendirinya hanya apabila anda memainkan media dari laman sesawang seperti dari YouTube. Jika tiada media dimainkan, butang pintasan Global Media Controls itu tidak akan dipaparkan.
Berkaitan
- Buang 2 'Extension' Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera
- Mod Incognito Pelayar Chrome Kini Dengan Ciri Pengesahan Biometrik, Ini Cara Aktifkannya
- Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN
- Kecacatan Ciri Keselamatan Pelayar Chrome Mendedahkan iPhone Pada Serangan Perisian Hasad
- Google Menamatkan Sokongan Aplikasi Chrome Untuk Windows, Mac Dan Linux Bermula Jun 2020
- Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
- Google Temukan 13 Kecacatan Keselamatan Chrome, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
- Penggodam Gagal Menggodam iPhone 11 Tapi Berjaya Menggodam Pelayar Chrome, Edge Dan Safari
- Pelayar Google Chrome Versi 78 Menawarkan Beberapa Ciri Terbaru
- 3 Extension Chrome Dikesan Dimanipulasi Bagi Menjalankan Aktiviti Meragukan