Pelan Jalur Lebar Baru Dari Maxis Berharga RM89 (30Mbps) Dan RM 129 (100Mbps)

Dua pelan jalur lebar berkelajuan tinggi telah mula dipaparkan Maxis pada laman sesawang mereka hari ini.

Pelan-pelan yang ditawarkan ini dilihat lebih murah berbanding pelan terdahulu. Difahamkan juga Maxis mengurangkan harga langganan bulanan sekitar 36%-65%.

Didalam pelan MaxisONE Home Fibre, terdapat dua pilihan kelajuan; 30Mbps dan 100Mbps.



Bagi pengguna yang baru mendaftar, anda akan menerima telefon rumah bernilai RM 129. Anda boleh melayari internet tanpa sebarang kerisauan kerana ia ditawarkan secara tanpa had.

Turut diperkenalkan adalah pelan bisnes iaitu ONEBusiness Fibre pada kelajuan yang sama. Maklumat adalah seperti dibawah.



Pra-tempah untuk MaxisONE Home Fibre dan OneBusiness Fiber sudah dibuka dan proses pemasangan awal dibuat pada 13 September jalur lebar rumah dan 20 September untuk bisnes.

Bagi pengguna sedia ada MaxisONE Home Fiber, anda boleh bertukar pelan dengan kontrak baru selama 24 bulan.

Daftar pra-tempah MaxisONE Home Fiber

Daftar pra-tempah ONEBusiness Fiber