Pelanggaran Bintang Neutron Menguatkan Lagi Teori Saintis Israel Yang Ditolak Dahulu

Untuk pertama kalinya, saintis seluruh dunia dapat mengalami pelanggaran antara dua bintang neutron berkepadatan tinggi di galaksi yang sangat-sangat jauh. Pelanggaran tersebut dipercayai mengakibatkan reaksi berantai seterusnya menghasilkan elemen logam berat seperti emas.

Pelanggaran tersebut sebelum ini telah diramalkan oleh sekumpulan saintis Israel pada 30 tahun lalu namun ditolak oleh komuniti saintifik pada ketika itu. Teori mereka mengenai bagaimana terjadinya penghasilan logam berat.

Gelombang kejutan dan cahaya dari pelanggaran bintang neutron itu bergerak sejauh 130 juta tahun cahaya sebelum dikesan oleh pengesan di atmosfera Bumi. Kesan daripada tersebut, para saintis sekarang dapat memahami bagaimana elemen-elemen berat seperti emas, platinium, uranium, merkuri dan lain-lain terhasil.

https://youtu.be/pLivjAoDrTg

Berkaitan