Pelanggan YouTube Premium Kini Boleh Memuat Turun Video Berdefinisi Penuh 1080p

Untuk iOS dan Android.


Berita baik untuk mereka yang melanggan servis YouTube Premium di mana anda kini sudah boleh memuat turun video-video pada kualiti 1080p ke dalam telefon pintar mereka. Sebelum ini pelanggan YouTube Premium hanya boleh memuat turun video pada kualiti 720p sahaja.

Ciri baru ini ditawarkan menerusi aplikasi YouTube untuk pengguna peranti iOS Android. Walaubagaimanapun, jika anda dapati masih tiada tetapan yang membolehkan anda memuat turun video 1080p pada aplikasi tersebut di dalam telefon pintar anda, itu bermakna anda belum mengemas kini kepada versi terbaru atau aplikasi anda belum menerima kemas kini terbaru youTube.

Ciri baru ini dilepaskan secara berperingkat kepada para pelanggan YouTube Premium.

Anda boleh mencuba secara percuma servis YouTube Premium selama sebulan. Selepas daripada tamat tempoh itu, anda perlu membayar langganan servis ini pada harga USD11.99 sebulan.

Kapsyen: Pelan YouTube Premium.


Servis YouTube Premium membolehkan penggunanya melayari laman YouTube tanpa paparan iklan, akses trim muzik secara atas talian tanpa sebarang gangguan, memuat turun video terus ke dalam peranti pintar dan menonton siri original dan filem-filem terbitan YouTube.

Sumber: Android Police