Melalui pengumuman terbaru dari Telekom Malaysia Berhad (TM), semua pelanggan sedia ada unifi Mobile akan ditawarkan dengan data 1GB LTE percuma setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Tawaran ini akan bermula pada 10 Jun dan berakhir 31 Ogos 2020.

Kuota LTE harian percuma ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum kuota sedia ada yang dilanggan digunapakai.

Selain itu, penawaran sedia ada unifi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan sehingga 9 Jun dan akan diselaraskan dengan sebarang lanjutan tempoh perintah berkenaan.

IKLAN

#TMNews๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”Bermula ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ, operasi pusat…

Posted by TM Group on Thursday, June 4, 2020

Dalam pada itu, TM turut mengumumkan mulai 8 Jun 2020, operasi pusat khidmat pelanggan unifi akan kembali beroperasi seperti biasa. Perkhidmatan yang terlibat juga termasuk pusat-pusat khidmat pelanggan lain yang memberi khidmat sokongan kepada pelbagai perusahaan utama dan sektor awam.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan dan bantuan yang berkaitan, hubungi saluran digital di aplikasi myunifi, portal unifi, e-mel atau melalui akaun sosial media rasmi unifi.