Bagi yang tidak tahu, router WiFi 6 ini dapat memberikan kelajuan yang lebih pantas dan kesalinghubungan yang lebih baik dengan liputan lebih luas berbanding router WiFi 5.
Dengan ini, anda akan menikmati kelajuan dan pengalaman seperti muat turun, penstriman filem dan permainan 4K lebih baik.
Selain itu, router WiFi 6 juga menyokong lebih banyak peranti pada satu-satu masa yang mana masalah sering terputus sambungan internet dapat diselesaikan.
Tambahan lagi, router ini juga diperakui EasyMesh. Bermakna, anda dapat memperluaskan rangkaian WiFi rumah anda dengan menambahkan unit mesh EasyMesh.
Router WiFi 6 boleh didapati secara percuma hari ini untuk pelanggan baharu yang mendaftar pelan Maxis Fibre 100Mbps ke atas.
Manakala bagi pelanggan sedia ada, Maxis akan menghubungi anda secara berperingkat bagi pelaksanaan penukaran router lama anda tanpa sebarang cas tambahan.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman Maxis.
Sumber: Siaran Akhbar Maxis
Berkaitan
- ASUS ROG Strix LC Radeon RX 6800 XT Hadir Dengan AIO 240mm
- Jualan Mi Smart Band 6 Hangat Macam Pisang Goreng
- Peminat Mungkin Perlu Tunggu Lama Lagi Untuk GTA 6
- Sony IMX661 Dilancarkan, Sensor Melebihi 100MP
- Samsung Galaxy F62 Dilancar, Bateri Sebesar 7000mAh
- China Sudah Rancang Untuk Melancarkan Rangkaian 6G Menjelang Tahun 2029
- Gigabyte Melancarkan Barisan Kad Grafik RTX 3060
- OPPO A53 Dijual Berharga RM 699, Bateri 5000mAh Dengan Paparan 90Hz
- Naik Taraf Dan Dapat Rebat Untuk Peranti vivo V27 Atau Siri X90 Di Maxis
- AMD Lancar RX 6500 XT, GPU Paling Bajet Untuk 'Gaming' 1080p