Pelanggan Jalur Lebar TM Perlu Hantar Notis Pembatalan 30 Hari Bagi Hentikan Langganan

Telekom Malaysia hari ini telah menetapkan bahawa semua pelanggan perkhidmatan jalur lebarnya, sama ada Unifi atau Streamyx perlu menghantar notis 30 hari lebih awal sebelum menghentikan langganan.

Pengumuman tersebut telah dibuat melalui satu imej mesej pop-up yang dipaparkan pada laman sesawang rasmi Unifi. TM mengingatkan pelanggannya supaya menghantar notis ini terlebih dahulu sebelum ke TMpoint untuk langkah selanjutnya.

Kredit : TM


Notis ini juga turut dikatakan merangkumi pelanggan pakej Unifi Postpaid dan Unifi Wireless, memandangkan tiada sebarang maklumat terperinci mengenai perkara itu dimaklumkan oleh pihak TM.

Menerusi mesej yang dipaparkan, pelanggan perkhidmatan jalur lebar TM boleh menghantar notis tersebut melalui pelbagai platform. Antaranya ialah menerusi laman sesawang rasmi Unifi, Unifi Chat, Facebook dan Twitter rasmi mereka atau melalui e-mel ke [email protected].

Sumber