Pelanggan Berbayar Spotify Kini Mencecah Angka 50 Juta

Perkhidmatan penstriman muzik popular, Spotify, telah mencatatkan satu rekod dalam sejarah syarikat berkenaan dengan langganan berbayar servis itu mencecah 50 juta langganan.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh Spotify melalui akaun rasmi Twitter mereka dengan foto yang menunjukkan angka 50 juta diiringi ucapan terima kasih dari syarikat itu.



Spotify telah mencatatkan 40 juta langganan premium pada September 2016 lepas. Sebelum itu, pada Mac tahun yang sama, Spotify menerima langganan berbayar sebanyak 30 juta.

Ini menunjukkan bahawa kenaikan langganan berbayar servis ini meningkat secara konsisten.

Walaupun begitu, servis strim muzik ini tidak terhad untuk servis berbayar sahaja, pengguna juga boleh menggunakan secara percuma tetapi mungkin sedikit terganggu dengan paparan iklan.

Seramai 100 juta pengguna (pengguna berbayar dan tidak berbayar) telah dicatatkan pada Jun tahun lalu, Spotify dilihat selesa meninggalkan servis strim muzik lain seperti,

  • Pandora

  • Apple Music

  • Grooveshark dan bermacam-macam lagi.


Diberitakan juga Spotify bakal memperkenal ciri baru dalam servis mereka tidak lama lagi, jadi nantikan berita selanjutnya di Wiser.my.

Sumber: Akaun Twitter Spotify