Pelancong India Merupakan Pelancong Yang Paling Banyak Menggunakan Kemudahan Teknologi

Dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh platform perniagaan pelancongan, Travelport telah mendapati yang dari 11,000 respondan dari seluruh dunia, pelancong dari India paling banyak bergantung kepada teknologi semasa melancong.

Sebagai contoh, pelancong dari India menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat tempahan tiket kapal terbang. 82% dari pelancong India percaya membuat tempahan melalui telefon pintar mereka memudahkan perjalanan mereka.

Pelancong dari China menduduki tangga ke 2 seterusnya diikuti oleh pelancong dari Indonesia.

81% dari jumlah respondan global pula akan membaca ulasan dibuat dalam laman sesawang seperti TripAdvisor, Expedia dan Booking.com apabila sedang merancang percutian mereka.

Servis percuma Wi-Fi juga memainkan peranan dalam perancangan percutian seseorang kerana 61% memilih untuk tidak menginap di sesuatu kemudahan tempat tinggal yang mengenakan caj untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi.

Sumber: AFP Relaxnews