Pelancaran Siri Huawei P40 Bakal Diadakan Secara Dalam Talian Pada 26 Mac 2020

Terbaru, Huawei mengumumkan pelancaran siri Huawei P40 bakal dilancarkan secara dalam talian pada 26 Mac ini. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikannya, ia boleh ditonton menerusi saluran Youtube dan Facebook Huawei. Pelancaran tersebut akan dimulakan jam 9 malam pada waktu Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=ho6BFOIZihc

Sekitar seminggu yang lepas juga, Huawei mula mengacah kedatangan peranti ini melalui video yang dimuat naik ke saluran YouTube mereka. Di dalam video tersebut, ia memaparkan rekaan melengkung peranti yang belum dikenal pasti sama ada bahagian skrin atau belakang.

Selain itu, video tersebut memfokuskan kepada kamera dengan menyertakan tanda pagar #VisionaryPhothography. Peranti ini juga dikatakan bakal tampil dengan 5 pilihan warna iaitu Cosmic Purple, Green Mint, Hitam, Putih dan Oren.