Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan

Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan

Diterbitkan Oktober 19, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2020 oleh Amsyar Latif

Hanya tinggal lagi sebulan sebelum konsol terbaharu dari Sony ini akan dilancarkan. Namun, terdapat berita buruk buat semua peminat PlayStation 5 di Malaysia.

Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan

Laporan terkini, Sony telah memadamkan tarikh pelancaran konsol ini iaitu “Holiday 2020” dari laman web rasmi PlayStation Malaysia.

Perkara ini telah ditemui oleh mp1st dimana mereka membandingkan laman web rasmi PS5 Indonesia beberapa hari lalu dengan sekarang.

Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan
Sumber: reddit

Ia juga menjadi bualan hangat di laman reddit kerana kebanyakan negara asia tenggara menerima nasib yang sama termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Namun begitu, negara jiran iaitu Singapura tidak dapat nasib yang sama. Malah, mereka sudah melancarkan pra-tempah gelombang yang kedua bermula 16 Oktober 2020.

Berikutan dengan ini, PS5 mungkin akan hadir buat pasaran Malaysia seawal tahun 2021 dan perkara ini sememangnya tidak disenangi buat peminat di Malaysia.

Sumber: Notebookcheck via jomgaming

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY