Pelancaran OPPO Reno3 Di Malaysia Bakal Dilangsungkan 12 Mei Ini

Setelah beberapa kali mengacah kedatangan siri Reno terbaru, OPPO Malaysia kini mengumumkan bahawa Reno3 akan tampil rasmi di pasaran Malaysia pada 12 Mei ini.

Acara pengumuman tersebut dilakukan secara dalam talian dan anda boleh menontonya melalui akaun Facebook Wiser.my pada tarikh berkenaan, tepat jam 6 petang.



Selanjutnya, OPPO Malaysia turut menawarkan hadiah percuma berupa 5 unit OPPO Reno3 kepada penonton.

Dari segi penawaran siri Reno3 hadir dengan dua versi iaitu Reno3 dan yang ditawarkan untuk pasaran global hanyalah Reno3 Pro.



Bagi perkakasan, versi Pro tampil dengan skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dengan nisbah 20:9. Terdapat rekaan berlubang pada paparan yang memuatkan dwi lensa 44MP bersama 2MP.

Dalamannya pula membawakan MediaTek Helio P95 beriringan memori RAM 8gB serta pilihan storan antara 128GB atau 256GB. Mempertaruhkan sistem kuad kamera belakang, ia bakal ditugaskan kepada kombinasi 64MP+13MP+8MP+2MP.

Untuk keterangan lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kedatangan siri ini minggu hadapan.