Pelancaran OnePlus 8T Di Malaysia Akan Berlangsung 22 Oktober Ini

OnePlus telah melancarkan OnePlus 8T melalui acara yang berlangsung semalam. Kini, OnePlus Malaysia mengesahkan peranti ini akan tiba untuk pasaran tempatan melalui pelancaran yang akan berlangsung pada 22 Oktober 2020.



Tidak seperti tahun sebelumnya, OnePlus hanya melancarkan satu varian sahaja bagi model OnePlus 8T. Tiada versi "Pro" yang ditawarkan pada tahun ini.

Antara yang ditampilkan pada OnePlus 8T adalah skrin 6.55 inci Full HD dengan panel AMOLED, kadar segar semula 120Hz, janaan cip Snapdragon 865 serta pilihan RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 128GB/256GB

Ia juga dimuatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama, kamera swafoto 16MP, sokongan pengecasan Warp Charge 65W serta bateri berkapasiti 4500mAh.

OnePlus 8T Malaysia

Bagi mengetahui harga OnePlus 8T serta lain-lain penawaran untuk pasaran Malaysia kelak, tonton penstriman langsung pelancaran OnePlus 8T pada 22 Oktober, 12 tengah hari melalui halaman Facebook OnePlus Malaysia.