Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nasa spacex

Pelancaran Misi Krew Ke-5 NASA Dan SpaceX Ditunda, Roket Falcon 9 Alami Kerosakan

Diterbitkan Julai 24, 2022 ยท Dikemas kini Julai 25, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan, pelancaran misi ke-5 mereka bersama SpaceX bagi menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terpaksa ditunda.

Ia ekoran telah berlaku kerosakan pada roket penggalak Falcon 9 ketika proses penghantar roket tersebut dari kilang produksi roket itu ke fasiliti di Texas bagi tujuan ujian.

NASA memaklumkan, misi NASA SpaceX Crew-5 itu disasarkan akan dilancar tidak seawal dari tarikh 29 September 2022.

Situasi itu sekaligus menangguhkan misi pertama kepada salah seorang angkasawannya untuk menjadi angkasawan Rusia pertama menaiki kapal angkasa SpaceX Crew Dragon.

Houston, we have a launch date ๐Ÿš€@NASA_Astronauts Nicole Mann and Josh Cassada, JAXA's Koichi Wakata, and Roscosmos cosmonaut Anna Kikina are going to the @Space_Station no earlier than Sept. 29. https://t.co/apUrx2YZEe pic.twitter.com/tzQyvOhi3b

— NASA's Johnson Space Center (@NASA_Johnson) July 22, 2022

Roket Falcon 9 SpaceX merupakan yang pertama dan satu-satunya roket boleh guna semula yang diluluskan oleh NASA ketika ini untuk digunakan bagi menghantar angkasawan ke ISS.

Sumber: gizmodo, NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY