Pelancaran Asus Zenfone 6 Dijadual Pada 16 Mei Depan

Beberapa hari lalu, timbul ura-ura pelancaran Asus Zenfone 6 yang didakwa bakal berlangsung di Valencia pada 14 Mei depan.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan kepada pengguna mereka memandangkan pihak Asus tidak pernah memberikan sebarang maklumat mengenai peranti tersebut sebelum ini.

Namun, selepas ia menjadi tular, Asus akhirnya membuka mulut. Mereka mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan diperkenalkan secara rasmi pada 16 Mei, dua hari lebih lewat daripada jangkaan awal.

https://twitter.com/ASUS/status/1099983594594934785

Pengumuman tersebut dibuat melalui satu kiriman video yang dimuat-naik di akaun Twitter-nya baru-baru ini.

Video tersebut bagaimanapun tidak menampilkan sebarang bayangan mengenai reka bentuk Asus Zenfone 6.

Namun, diakhir video, perkataan Zenfone 6 telah disertai oleh terma "Defy Ordinary"  atau "Menentang Kebiasaan".

Apakah yang maksudkan oleh pihak Asus dengan terma itu? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: @ASUS